Raya AidilAdha 2013: Bawak Mr. Abang beraya di Kelantan pulak..
Raya puasa hari itu saya yang beraya di perantauan. Raya Haji kali ini turn Mr. Abang pula beraya di perantauan. Ini first time Mr. Abang nak berkunjung ke rumah Mek. Saya & Mr. Abang just stay satu malam sahaja sebab hari Rabu kami dah start kerja. Hari Ahad pula husband kena ganti orang. So, balik Kelantan pada hari Isnin & pulang ke KL pada keesokkan harinya. Memang penat sebab tak sempat rehat dah kena balik KL dah, tapi tak boleh buat apa. Actually kami plan nak beraya di Negeri Sembilan. Plan tersebut terpaksa ditukar sebab Mek tengah sakit & kami tak pernah lagi menjenguk Mek sejak dia jatuh sakit.
Pada hari Isnin kami konvoi dengan family dari PJ. Bermulalah perjalanan pertama Mr. Abang dari KL ke Kelantan. Sebelum ini dia pernah jea pergi Kelantan tapi dia ikut Jalan Grik. Ikut Karak Highway, Bentong, Raub, etc, ini first time.
Balik Kelantan mengunakan Kereta Saga sebab lebih jimat compare dengan Neo Mr. Abang tapi jenuh jugak nak memotong sebab pick out kereta ni tersangatla out.
Drive dengan penuh fokus
Konvoi dengan family
Abah singgah beli nangka madu
Mr. Abang belum biasa drive mengunakan jalan biasa untuk balik Kelantan. Mr. Abang agak hesitate untuk memotong. Kami selalu kena tinggal dengan kereta family yang dipandu oleh Farid. Tapi at the end, akan bertembung jugak sebab Farid tak dapat memotong. Lagipun, penat nak memotong sebab pick out kereta Saga tak berapa nak smooth.
Saya satu family lunch di Mee Kampung Pek. Mee Kampung Pek memang favourite restaurant/stopover CMC (Che Minah Club). Anak-beranak Che Minah suka singgah di sini sebelum sampai ke rumah Mek. Menunya simple jea seperti Nasi Goreng, Mee Kuah yang ada dia mana-mana restaurant lain tapi masakan sangat sedap.
Lunch di Mee Kg. Pek. CMC favourite restaurant.
Mee Kampung Pek Signature Dish, Fried Rice
Lapo tahap maksim tapi kenapa mesti masing-masing nak control depan camera...=p
Selesai makan, kami teruskan perjalanan kami yang hanya memakan masa dalam 30 minit sahaja. Memang dah dekat dah. Trafik dari KL sangat lancar tapi masuk sahaja bandar Machang terus jem. Sibuk jugak bandar Machang ini.
Sampai sahaja rumah Mek, saya terus pergi jumpa Mek. Semasa saya nak salam dengan Mek, dia macam blur & tak berapa nak bagi respon. Macam dah tak kenal saya. Terkejut jugak. Last time jumpa dia semasa Wedding Hadi, tengah sihat lagi. Sekarang dah macam tak seperti dulu. Rasa sedih pun ada jugak.
Poksu & Pakndik tengah temankan mek.
Saya doakan agar Mek cepat sembuh & sihat. Tiba-tiba saya rindu pulak Mek yang sihat, yang pernah garang satu ketika dahulu. =(
mek k.long sakit ke..?? huhu..xtau la pulak..
ReplyDeleteA'ah...kena strok..lps kena strok, dia macam tak ingat kitaorg dah..cakap pun tak berapa nak jelas..sedih pulak tengok dia..
ReplyDeleteyeke..dah lame ke kne stroke? umo mek bape dah? huhu
ReplyDeletedah 71 tahun...bru jea kene..smnggu sebelum raya haji haritu..
ReplyDelete