Pada hujung minggu, macam biasa saya & Mr. Abang akan buat something untuk memanjakan diri kami. Setelah bekerja lima hari di ofis termasuklah di rumah (maksud saya memasak, mengemas,etc), nakla jugak satu hari yang kami tak perlu buat apa2. Tak perlu kerja (of coursela sebab cuti), tak perlu memasak, mengemas & so on. Tapi just satu hari ajela samaada Sabtu or Ahad. Kalau nak kedua-dua hari, nanti duit cepat habis pulak.
Saya & Mr. Abang akan buat aktiviti yang menyeronokkan, yang boleh release stress contohnya tengok wayang (kalau ada movie bestla), shopping (kalau ada duit extra), mengemukkan diri & etc. Semalam kami ke Setia City Mall lagi. Dah Mall ni jea yang senang nak pergi. Takde jem & tol. Disebabkan tak ada movie yang best, saya decide nak pergi cuci & potong rambut. Rambut saya dah kusut & serabai sangat. Mr. abang pun nak join jugak. Dia nak tahu potongan rambut apa yang sesuai dari Hair Stylist.
Hair Equation
Siap ada iPad tu...customer boleh guna semasa tunggu rambut disiapkan.
Last sekali saya memanjakan rambut saya sebelum kahwin lagi. Bulan Mac yang lepas rasanya. Kali ni, saya memilih untuk pergi ke Hair Equation sebab harga reasonable juga. Package for Wash, Cut & Blow only RM38. Lebih kurang harga kat PJ juga. Yang bestnya di Hair Equation siap menyediakan private area for Muslim women. Selain itu, boleh access percuma internet dengan mengunakan iPad2 yang disediakan di setiap Salon Chair. Maknanya setiap customer boleh mengunakan iPad semasa tunggu rambut disiapkan. Hair stylist di situ semuanya lelaki.
Nak potong rambut jugak..sibuk jea Mr. Abang ni..=P
Yang hair stylist tu bukan perempuan yea.. Cik Pon dari Thailand.
Untuk rambut saya, stylist komen rambut di hadapan kepala saya nipis. Akan cepat gugur. Seperti stylist-stylist yang lain, dia sarankan buat treatmentla or cuci guna special shampoola. Kita sebagai customer kena firm sedikit. Kalau nak buat yang biasa, cakap jea. Jangan main setuju apa yang dia suggest. Nanti sedar-sedar, banyak duit yang melayang. So, saya just cakap no & next time.
Cutting yang dia suggest untuk saya potong saya paras bahu & then layer. Mr. Abang pulak, hmmm stylist nak buat style ala2 K-Pop. Tapi Mr. Abang cakap jangan terlampau pelik sangat.
After dah cuci rambut, rambut Mr. Abang dah start dipotong. Saya tengok memang style potongan lain daripada yang lain. Tak sama macam style rambut yang Mr. Abang biasa buat. Terkejut jugak sebab Mr. Abang berani nak buat kelainan untuk rambutnya. Pastu baru saya perasan potongan rambut sama jea style rambut stylist-stylist di situ. Ala-ala K-Pop gitu. Shave di tepi. Bahagian atas dibiarkan panjang then buat wave. Cuma untuk Mr. Abang jea, dia buat kurang K-Pop.
Inilah hasilnya..dari depan kurang nampak sikit K-Popnya..Kena tengok dari tepi.
Saya tak tunjukla style rambut saya. Aurat...:)
Selesai di Hair Salon, kami lunch di Carls Jr. Time nak pilih set, saya tengok harga-harga untuk semua set dalam RM15 ke atas. Mahal jugak. Tak macam KFC & McD yang boleh dapat RM10 ke bawah perset. Bila dah dapat makanan, rupanya size burgernya sangat besar. Satu burger boleh dua orang makan. Saya just mampu makan separuh jea, separuh lagi bawak balik rumah. Burgernya dipanggang sama seperti burger di Burger King. Sedap. Abang semestinya akan makan sampai habis. Kentang goreng sangat sedap & crunchy sebab made from sweet potato. Di sauce kaunter, siap ada salad. Kita boleh ambik salad itu sebab free. Tapi salad itu just biasa-biasa ajeala. Satu adalah chopped onion & satu lagi chopped tomato with pickles.
Yang bekas kecik tuela saladnya, bawang & tomato mixed with pickles..Dah nama pun free..
Inilah burger yang gedabak tu..Boleh tak nampak muka time mengigit burger ni.
After makan, saya & Mr. Abang terus balik ke rumah.
0 comments:
Post a Comment