8 September 2013

Raya 2013: Explorace pada hari terakhir Syawal

Jumaat lepas (6 September 2013) adalah hari terakhir dalam bulan Syawal. Tapi saya & family tak melepaskan peluang untuk pergi beraya rumah saudara lagi, walaupun dah last day of Syawal month. Kali ni kami plan nak pergi beraya rumah Makndak di Cheras. Saya tak ingat macam mana nak pergi rumah Makndak, so terpaksala follow family dari PJ.
Sampai sahaja di PJ (dari Puncak Alam), mula2 still dapat follow kereta family dari belakang. After bayar tol di NPE Pantai Dalam, kitaorang dah tak sempat follow, sebab diorang guna SmartTag. Saya dah pakai dah Touch N Go, tapi disebabkan ada kereta depan kiatorang slow (agaknya tak jumpa kad 'touch n go' dia), tu yang tertinggal. Farid pulak drive laju..
Disebabkan dah tertinggal jauh and then Mr. Abang pulak dah tersalah masuk highway, terpaksala kiatorang mencari jalan ke Cheras sendiri. Bermulala misi meredah ke rumah  makndak. Dah macam explorace pulak. Dahla saya & Mr. Abang tak familiar sangat dengan area Cheras. Saya ni nama jea orang PJ tapi buta jalan. Nasib baikla Mr. Abang ada bawa GPS PapaGo. Saya try search taman perumahan yang Makndak tinggal iaitu Taman Tun Perak Batu 9 Cheras, malangnya tak ada dalam system pulak. Yang ada cuma Klinik Kesihatan, Batu 9, Cheras. So, kitaorang terpaksa drive ke klinik itu & hope berdekatanla dengan rumah Makndak.
Time sesat2 jalan & blur dengan area Cheras, trafik pulak tersangatla teruk. Pastu pulak asyik terlajak & tersalah masuk exit. Aduiii..Dahla tak makan lagi. Mula-mula give-up dah nak pergi rumah makndak, tapi Mr. Abang naikkan semangat suruh cari rumah Makndak jugak sampai dapat.
Setelah mencari, meredah & calling2 Pakndak, akhirnya sampai jua. Sampai rumah Makndak, kami terus makan nasik lauk udang2 yg sangat enourmous (udang galah agaknya) & ayam masak cili api. Sedapnya..Selesai makan nasik, Pakndak bawak balik durian. Berbaloi datang ke rumah Makndak sampai sesat2..hehe..

 Inila muka2 bila perut dah kenyang..hehe


No comments:

Post a Comment