Petrol Oh Petrol..Harga Naik Lagi
Harga petrol naik lagi..Naik 20sen pulak tu...Harga minyak dah naik 20%, lepas tu harga2 barang pun naik 20% jugak. Gaji jugak yang tak naik 20%..aduhlah haiiii...Kita yang yang kerja swasta ni rasa perit sedikit sebab bukannya dapat banyak elaun & kenaikkan gaji beberapa kali macam pekerja kerajaan. Tapi tak boleh nak buat apa. Kalau buat demo, join perhimpunan Bersih , segala bagai, bukannya memberi kesan apa2 pun. Okla saya malaslah nak bercakap pasal politik & condemn mana2 pihak. Saya kenalah fikir inisiatif sendiri untuk mengikut rentak kenaikan harga minyak or in other words "go with the flow". Setelah google & search dalam beberapa blog, saya dapat jumpa cara menjimatkan penggunaan petrol. Walaupun cara2 ini tak dapat menjimatkan minyak sebanyak 20% atau maybe dikatakan agak tidak praktikal, tapi tak salah untuk mencuba.
Tip-tip Untuk Jimatkan Penggunaan Petrol
1. Isi minyak sebelah malam, atau awal pagi apabila cuaca sudah sejuk
2.Isikan minyak sehingga tangki penuh
3.Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap
4.Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda
5.Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan
6.Cuba guna kereta untuk perjalanan yang jauh sahaja
7.Kurangkan penggunaan penghawa dingin
8.Kurangkan beban kereta
9.Panaskan enjin selama 30 saat sahaja
10.Elakkan menunggu dengan enjin masih hidup
11.Elakkan menggunakan gear rendah
12.Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin , kalau kereta biasa – 80% daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!)
13. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin sebaiknya)
14. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N sebab filter K&N diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat
15. Pasang intercooler pada enjin anda (bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak)
16. Spark plug perlu dlm keadaan baik ( Tak hitam & gap OK)a
Tips2 ini saya dapati dari http://sedakasejahtera.blogspot.com/2012/10/kita-bongkar-tip2-cara-untuk-jimatkan.html.
0 comments:
Post a Comment