5 September 2013

Kisah Game ManU Vs Liverpool & Ani Sup Utara

Malam tu ada game ManU Vs Liv. Bebudak ni cakap (termasuklah Mr. Abang) game ni ada fight or sangat thrill or anythingla, walaupun setakat EPL jea..walaupun saya ni tak adala pakar sangat bab2 bola ni tapi saya tahula EPL ni tak adela melibatkan adrenalin rush sangat sebab musim EPL baru jea bermula. Pastu bukannya game kalah mati pun. Tapi bebudak ni cakap dua2 adalah kelab gergasi, so gamenya bestla..Hmm..apa2 ajeala..
Bebudak ajakla kaum2 perempuan ni (saya, mak & didi) pergi mencari port tengok bola (actually bebudak ni nak dibelanja makan..hehehe.=P). Okla, kitaorang ikut sahajala & plan nak makan makanan yang light2 sahaja. Mula2 mak suggest makan sambil tengok bola di Desaria. Di situ ada projector & screen besar & menayangkan game2 yang best. Sebab itu Desaria famous dengan budak2 lelaki. And then ada jual lempeng.
Tetapi, malangnya tutup pulak. Terpaksa kami mencari kedai mamak. Ada satu kedai mamak dah over fully booked. Sangat penuh dengan peminat2 bola. Dah tak ade sit kosong. Ada satu lagi kedai mamak yang  nampak macam kosong jea. Rupanya tvnya tak ade channel game tersebut.

Last2 kitaorang singgah di Ani sup Utara, sebab kitaorang dah ternampak tv di restoran tu ada siaran game tersebut sebelum pergi ke kedai mamak. Tapi disebabkan mak cakap makanan di Ani Sup Utara tak berapa nak sedap, so kitaorang tak adala nak singgah. Tapi lepas bebudak ni dah terdesak sangat, so terpaksalah singgah makan di Ani Sup Utara & makan makanan yang heavy.
Menu di situ semuanya berasaskan sup. Eg sup perut, sup cendawan, bihun sup,etc. Habis dalam RM62 untuk enam orang .
Lepas habis makan, kaum perempuan balik rumah dahulu.

  
Inilah bebudaknya.. Aiman, Farid & Mr. Abang


No comments:

Post a Comment