Beli Rumah: Stamping Loan Agreement with CIMB

Perkara pertama yang saya & Mr. Abang harus lakukan sebelum approach mana2 bank untuk apply loan rumah ialah mesti dapatkan lawyer dahulu. Tugas lawyer adalah untuk  menyediakan SPA(Sales & Purchase Agreement) & lagi bagus dengan Bank Loan Agreement sekali. Saya tak survey banyak peguam pun untuk buat comparison. Saya just pilih Kak Su (MESSRS Daing Khatijah & Amran) yang saya kenal melalui ex-colleague saya iaitu Amna. Kak Su ni cousin Amna & pernah tolong Amna untuk loan application juga. Actually Kak Su bukanla lawyer. Dia bekerja untuk lawyer. Tapi Kak Su sangat rajin. Dia tolong kami dalam banyak perkara. Contohnya semasa nak apply loan, Kak Su tolong submit dokumen di CIMB. Kami just sediakan dokumen sahaja iaitu salinan IC, slip gaji yang terkini, salinan degree, 3 months bank statement, Surat Pengesahan Jawatan & EA form. Second, Kak Su pergi approach sendiri untuk mendapatkan salinan S&P dari tuan rumah, Che Dah. Third, kalau ada apa-apa dokumen lain yang Kak Su perlukan, dia sendiri pergi approach Che Dah. Sebab itu saya cakap Kak Su sangat rajin. Kalau liase directly dengan lawyer, for sure dia tak akan tolong buat semua perkara yang saya mention tadi.

Sehari selepas saya pass semua dokumen kepada Kak Su, terus saya dapat panggilan dari CIMB iaitu Mr. Chee. Cepatnya...Hujung minggu itu juga kami meeting dengan Chee untuk sign application form & MTP (Mortgage Takaful Plan). MTP ini adalah insurans rumah & sangat penting if apply joint loan. If spouse kita meninggal dunia or total disability, kita tak perlu bayar part dia. Just bayar part kita sahaja.  Then kami tanya apa perbezaan Islamic & Conventional Loan. Chee explain Islamic adalah fixed rate & Conventional adalah rate up and down. Disebabkan fixed rate, Interest untuk Islamic Loan lebih tinggi dari Conventional. Tetapi dari sudut security, Islamic Loan lebih secure sebab interest tidak akan naik walau seteruk mana ekonomi sekalipun. After discuss kami decide untuk memilih Islamic Loan sebab lebih secure & lebih berkat.

Seminggu kemudian Chee inform yang loan kami approve 90%.  Sangat cepat jugak loan kami approved. Kami kena mark-up lagi 5% untuk legal fee, MTP & valuator.  So, total loan kami adalah 95% untuk 35 tahun & Insurans kami cover sehingga 25tahun.

Selepas Raya, kami meeting kali kedua dengan Chee untuk sign CIMB offer letter.

CIMB Offer Letter

Next action is tunggu Kak Su prepare SPA, Ijarah (untuk Islamic Loan sahaja) & Bank Loan Agreement.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment