The Story of Our Home Purchase: Finalization of Dream Home

Setelah saya & Mr. abang tahu yang kami hampir tidak mampu membeli rumah baru (walaupun hanya di area Saujana Utama), kami cari alternatif lain. Kami decide untuk mencari rumah second hand di area yang sama. So, kami mencari rumah yang nak dijual di Mudah.my. Selepas jumpa beberapa rumah yang nak dijual, kami terus call agen2 rumah tersebut. Rumah pertama di Puncak Alam. Harganya RM200k. Tapi saiz rumah sangat kecil iaitu 60x18sqft. Padanla dengan harga. Satu lagi lantai parkir rumah tu dah totally damage. Teruk makan dek anai-anai. Agen itu beritahu yang harga rumah boleh kurang dalam RM10k lagi untuk repair lantai. Tapi walaupun dapat kurang, kami taknak ambil risiko. Sebab bukan senang nak get rid off anai-anai. Ok..reject.

Kami survey rumah seterusnya pula iaitu di Saujana Utama 1. Rumah ni dah siap renovate. Harga yang offer RM320k & nonnegotiable. Disadvantages- designnya sangat merepek. Tak ada taste langsungla tuan rumah ni. Saya pun tak tahu nak describe macammane design rumah ni. Lantai pun dah out. Agaknya time diorang nak pindah keluar dulu, main seret jea perabot2 kat lantai. Tu yang habis rosak lantai diorang. Pintu-pintu bilik pun banyak yang dah damage. Again..this house out from our list.

Third house di Lavender Height iaitu jenis Semi-D cluster. Problem dengan rumah jenis ni adalah nama macam gah sebab ingat macam rumah Semi-D. Realitinya rumahnya sangat kecil, then tanahnya tak adela luas mana pun. Rumah yang kami survey ni design sama jea macam yang kami survey di Nusa Suria. Harganya RM315k. Di tingkat atas, tak ade hall..Naik atasa terus bilik. Rasa tak berbaloi, reject rumah ni.

Fourth house adalah di Saujana Utama 2. Rumah ni kami tak jumpa di Mudah.my. Kami dapat tahu yang ada rumah dijual di area situ melalui Cu(Mak Sedara Mr. Abang). Setelah kami pergi ke rumah Cu, Cu membawa kami ke rumah yang dijual. Dekat sahaja dari rumah Cu. Rumah itu adalah double-storey end-lot. Disebabkan rumah itu kosong, kami pergi bertanya dengan jirannya untuk mendapatkan contact number. Jirannya bagitau rumah itu dijual dengan harga RM300k. Rumah itu pernah ada buyer tetapi loan tak lepas. So, kami masih ada peluang. Dapat sahaja contact number, malam itu jugak saya message tuan rumah yang namanya Che Dah. CheDah reply. Dia bagitau yang rumah masih available & dijual dengan harga yang sama. Seminggu kemudian, kami berjumpa Che Dah di rumah yang dijual. Conditionnya masih ok, size agak luas. Che Dah siap offer dia akan cat balik semula rumah & gate. Setelah finalize, kami decide nak beli rumah Che Dah. Kami meeting kali kedua untuk confirm. Meeting kali ini husbandnya join sekali. Kami tanya nak bayar apa2 tak untuk booking, untuk make sure jangan dijual kepada sesiapa dahulu. Husbandnya cakap tak perlu bayar apa2 & dia akan tunggu kami sehingga loan approve.  Sebab dia cakap dia belumla rushing sangat nak jual rumah tu.

Saya & Mr. Abang dah buat keputusan untuk membeli rumah double-storey end-lot di Saujana Utama 2. Selepas ini, bermulalah proses permohonan pinjaman rumah.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment