29 September 2013

The Story of Our Home Purchase: Stamping Sale & Purchase Agreement

Pada awal bulan September, saya & Mr. Abang meeting dengan Kak Su buat pertama kalinya. Tujuannya adalah untuk sign semua dokumen iaitu SPA, Ijarah & Bank Loan Agreement.  Semasa kami berjumpa Kak Su di kedai Mamak di area Saujana Utama, kami ternampak berbuku2 dokumen di atas meja yang Kak Su duduk. Mula2 xsure itu untuk apa. Rupa-rupanya semua itu adalah dokumen yang kami berdua kena sign. Ya Allah, banyaknya.. Kak Su beritahu dokumen itu jadi banyak sebab kami apply Islamic loan. Kalau conventional, tak adela sebanyak tu yang kena sign. Selesai sign, Kak Su akan pass pada Che Dah pula untuk sign. Selesai initial dari kedua-dua belah pihak, Kak Su akan submit kesemua dokumen ke Pejabat Tanah untuk mendapatkan consent. Kami pula kena bayar 50% SPA fee dahulu. Proses inilah yang mengambil masa panjang iaitu 3-4bulan. So, buat masa sekarang kami just tunggu update dari Kak Su.

 SPA Fee Quotation

28 September 2013

Beli Rumah: Stamping Loan Agreement with CIMB

Perkara pertama yang saya & Mr. Abang harus lakukan sebelum approach mana2 bank untuk apply loan rumah ialah mesti dapatkan lawyer dahulu. Tugas lawyer adalah untuk  menyediakan SPA(Sales & Purchase Agreement) & lagi bagus dengan Bank Loan Agreement sekali. Saya tak survey banyak peguam pun untuk buat comparison. Saya just pilih Kak Su (MESSRS Daing Khatijah & Amran) yang saya kenal melalui ex-colleague saya iaitu Amna. Kak Su ni cousin Amna & pernah tolong Amna untuk loan application juga. Actually Kak Su bukanla lawyer. Dia bekerja untuk lawyer. Tapi Kak Su sangat rajin. Dia tolong kami dalam banyak perkara. Contohnya semasa nak apply loan, Kak Su tolong submit dokumen di CIMB. Kami just sediakan dokumen sahaja iaitu salinan IC, slip gaji yang terkini, salinan degree, 3 months bank statement, Surat Pengesahan Jawatan & EA form. Second, Kak Su pergi approach sendiri untuk mendapatkan salinan S&P dari tuan rumah, Che Dah. Third, kalau ada apa-apa dokumen lain yang Kak Su perlukan, dia sendiri pergi approach Che Dah. Sebab itu saya cakap Kak Su sangat rajin. Kalau liase directly dengan lawyer, for sure dia tak akan tolong buat semua perkara yang saya mention tadi.

Sehari selepas saya pass semua dokumen kepada Kak Su, terus saya dapat panggilan dari CIMB iaitu Mr. Chee. Cepatnya...Hujung minggu itu juga kami meeting dengan Chee untuk sign application form & MTP (Mortgage Takaful Plan). MTP ini adalah insurans rumah & sangat penting if apply joint loan. If spouse kita meninggal dunia or total disability, kita tak perlu bayar part dia. Just bayar part kita sahaja.  Then kami tanya apa perbezaan Islamic & Conventional Loan. Chee explain Islamic adalah fixed rate & Conventional adalah rate up and down. Disebabkan fixed rate, Interest untuk Islamic Loan lebih tinggi dari Conventional. Tetapi dari sudut security, Islamic Loan lebih secure sebab interest tidak akan naik walau seteruk mana ekonomi sekalipun. After discuss kami decide untuk memilih Islamic Loan sebab lebih secure & lebih berkat.

Seminggu kemudian Chee inform yang loan kami approve 90%.  Sangat cepat jugak loan kami approved. Kami kena mark-up lagi 5% untuk legal fee, MTP & valuator.  So, total loan kami adalah 95% untuk 35 tahun & Insurans kami cover sehingga 25tahun.

Selepas Raya, kami meeting kali kedua dengan Chee untuk sign CIMB offer letter.

CIMB Offer Letter

Next action is tunggu Kak Su prepare SPA, Ijarah (untuk Islamic Loan sahaja) & Bank Loan Agreement.

The Story of Our Home Purchase: Finalization of Dream Home

Setelah saya & Mr. abang tahu yang kami hampir tidak mampu membeli rumah baru (walaupun hanya di area Saujana Utama), kami cari alternatif lain. Kami decide untuk mencari rumah second hand di area yang sama. So, kami mencari rumah yang nak dijual di Mudah.my. Selepas jumpa beberapa rumah yang nak dijual, kami terus call agen2 rumah tersebut. Rumah pertama di Puncak Alam. Harganya RM200k. Tapi saiz rumah sangat kecil iaitu 60x18sqft. Padanla dengan harga. Satu lagi lantai parkir rumah tu dah totally damage. Teruk makan dek anai-anai. Agen itu beritahu yang harga rumah boleh kurang dalam RM10k lagi untuk repair lantai. Tapi walaupun dapat kurang, kami taknak ambil risiko. Sebab bukan senang nak get rid off anai-anai. Ok..reject.

Kami survey rumah seterusnya pula iaitu di Saujana Utama 1. Rumah ni dah siap renovate. Harga yang offer RM320k & nonnegotiable. Disadvantages- designnya sangat merepek. Tak ada taste langsungla tuan rumah ni. Saya pun tak tahu nak describe macammane design rumah ni. Lantai pun dah out. Agaknya time diorang nak pindah keluar dulu, main seret jea perabot2 kat lantai. Tu yang habis rosak lantai diorang. Pintu-pintu bilik pun banyak yang dah damage. Again..this house out from our list.

Third house di Lavender Height iaitu jenis Semi-D cluster. Problem dengan rumah jenis ni adalah nama macam gah sebab ingat macam rumah Semi-D. Realitinya rumahnya sangat kecil, then tanahnya tak adela luas mana pun. Rumah yang kami survey ni design sama jea macam yang kami survey di Nusa Suria. Harganya RM315k. Di tingkat atas, tak ade hall..Naik atasa terus bilik. Rasa tak berbaloi, reject rumah ni.

Fourth house adalah di Saujana Utama 2. Rumah ni kami tak jumpa di Mudah.my. Kami dapat tahu yang ada rumah dijual di area situ melalui Cu(Mak Sedara Mr. Abang). Setelah kami pergi ke rumah Cu, Cu membawa kami ke rumah yang dijual. Dekat sahaja dari rumah Cu. Rumah itu adalah double-storey end-lot. Disebabkan rumah itu kosong, kami pergi bertanya dengan jirannya untuk mendapatkan contact number. Jirannya bagitau rumah itu dijual dengan harga RM300k. Rumah itu pernah ada buyer tetapi loan tak lepas. So, kami masih ada peluang. Dapat sahaja contact number, malam itu jugak saya message tuan rumah yang namanya Che Dah. CheDah reply. Dia bagitau yang rumah masih available & dijual dengan harga yang sama. Seminggu kemudian, kami berjumpa Che Dah di rumah yang dijual. Conditionnya masih ok, size agak luas. Che Dah siap offer dia akan cat balik semula rumah & gate. Setelah finalize, kami decide nak beli rumah Che Dah. Kami meeting kali kedua untuk confirm. Meeting kali ini husbandnya join sekali. Kami tanya nak bayar apa2 tak untuk booking, untuk make sure jangan dijual kepada sesiapa dahulu. Husbandnya cakap tak perlu bayar apa2 & dia akan tunggu kami sehingga loan approve.  Sebab dia cakap dia belumla rushing sangat nak jual rumah tu.

Saya & Mr. Abang dah buat keputusan untuk membeli rumah double-storey end-lot di Saujana Utama 2. Selepas ini, bermulalah proses permohonan pinjaman rumah.

The Story of Our Home Purchase: Searching A Dream Home

Selepas beberapa bulan saya & Mr. Abang berkahwin, kami decide taknak tunggu lama untuk beli rumah. Kami target nak beli rumah secepat mungkin. Cuti rotation Mr. Abang time tu pula memang jatuh pada hari Sabtu & Ahad. So, bermulalah misi pencarian or surveying beberapa rumah di area Saujana Utama & Puncak Alam. Jenis rumah yang kami inginkan adalah double strorey yang berharga RM300k ke bawah.

Pada mulanya kami survey rumah baru. Ada rumah yang nak dibina di Qastana & Aman Puteri. Kami nak tengokla market value rumah2 tersebut. Kedua2 rumah ni under poskod Kuala Selangor. Kami berharap rumah yang under poskod Kuala Selangor still mampu dibelila. Kalau under Shah Alam, jangan harapla. First kami pergi ke Qastana Sales Office (rumah contoh). Kami disambut oleh Sales Guy di situ. Design rumah cantik & luas, tapiiii.....harganya RM405k. Ya Allah, mahalnya harga rumah. Padahal just area Saujana jea pun. Tak akanla begitu mahal sekali. Sales Guy itu beritahu itu memang market value untuk rumah baru di area di situ.  If kami nak beli rumah tersebut, kami kena buat loan & kena tolak RM1,6++ sebulan. Kami kira campur kedua2 gaji, pastu tolak perbelanjaan & rumah, just tinggal RM5++ sahaja. Perbelanjaan yang saya tolak tu just yang wajib jea seperti kereta minyak & bil2 rumah. Tu belum tolak lagi Astro & internet. Dan yang paling penting sekali, belum tolak perbelanjaan dapur lagi.  Biar betul gaji kami tinggal banyak tu jea. Kalau ada anak nanti, macammana. Eh, kena abaikan ayat tadi. Anak kan pembawa rezeki. 

Then, kami pergi survey rumah di Aman Puteri. Area lagi luas & of course lagi mahal. Harganya RM465k. Lagila kami tak mampu. Rumah yang tadi pun kira kami dah nyawa2 ikan kalau nak membayarnya. In kan pulak rumah RM60k lagi mahal. Dapat jea tahu harga rumah tu, terus kami keluar dri Sales Office tersebut. Disebabkan dah susah hati memikirkan mampu ke tidak beli rumah, kami terus pergi makan kat kedai mamak. Saya macam biasa down & rasa give up. & macam biasa jugak Mr. Abang akan naikkan semangat saya balik.

After makan, last house di Nusa Suria(di Shah Alam 2). Rumah Semi-D Cluster. Harganya after tolak discount untuk bumi, dapatla dalam RM365k. Hmmm,, paling murah compare dengan rumah yang kami survey sebelum ni. Rumah semua dah fully-booked. Sales person beritahu if kami nak, booking dulu. Mana tahu if ada buyer yang loan tak approve, mereka akan contact kami pulak. Kami terus sign booking application. Kami pergi tengok rumah contoh, siap dah ada perabot lengkap. Kata sales person tuela. Masuk sahaja di rumah contoh, first thing yang kami nampak yang & buat kami xjadi nak beli rumah tersebut ialah....dapur di ruang tamu. Maknanya masuk2 jea rumah, terus nampak dapur. Apa kejadahnya design macamni. Memangla cantik design tu, dengan kabinet dapur design modern contemporary. Untuk orang yang xmemasak, okla. Kalau memasak, memang tak sesuaila design macamtu. Tapi saya beritahu pada Mr. abang yang rumah tu ada tanah lagi. In future, boleh renovate. Tapi Mr. Abang cakap rumah dah satu hal nak membayar, pastu nak kena fikir renovation untuk dapur pulak.

Kami terus balik & decide maybe tak akan beli rumah baru.

22 September 2013

Cook lunch for My Family..

Harini saya mengajak family saya lunch di rumah saya. Sebab saya tak pernah lagi memasak untuk family saya. Ini first time saya mengajak family saya untuk lunch di rumah saya.
Menu yang akan prepare adalah paprik ayam, terung kicap & puding roti beserta sos kastard. Actually, saya dah lama tak memasak untuk more than two pax. Yeala, sayakan selalu masak untuk Mr. Abang jea. Hope meal yang saya masak harini, mencukupi untuk semua orang.
Pukul 10, saya start memasak. By the time saya habis memasak pada pukul 12:30pm, family saya pun sampai ke rumah saya.
Paprik ayam, terung masak kicap, puding roti beserta sos kartard & tart telur(didi yang bake)

Mr. Abang tengah excited bercerita apa tu..

Habis saja makan, kitaorang just lepak & chit-chatting. Pada petang, saya bawa family ke rumah yang bakal kami duduki iaitu di Saujana Utama 2. Mak komen rumahnya agak terbiar, tapi area agak luas. Selepas itu, kami semua singgah ke rumah Maksu sebab Maksu ada ajak makan coklat di rumahnya. Dia borong coklat di Langkawi. Macam biasa , di rumah Maksu of course akan bermain dengan Si Sangat Comel, Qaireen. Itu sahajala aktiviti kami pada hari ini.

wif Qaireen comeyyy..


nampak tak kotak kat belakang tu...sekotak Ferrero Rocher ..borong sakan Maksu ni..=)


Thanks kepada family sebab sudi makan masakan kaklong yang tak seberapa ni..hehe. & thanks kepada Maksu jugak sebab mengajak makan coklat di rumah Maksu.

21 September 2013

Setia City Mall: Our New Window Shopping Port


Saya & Mr. Abang dah jumpa port lepak baru iaitu Setia City Mall. Sebelum ni punyala kami pergi shopping mall yang jauh seperti One Utama & Jusco Bukit Tinggi, sebab ingatkan dua mall ini ajeala yang paling dekat dari Puncak Alam. Rupa-rupanya ada shopping complex yang lebih dekat.
The funny thing is saya & Mr. Abang selalu pergi Tesco Setia Alam tapi tak pernah tahu yang kami dah dekat dengan Setia City Mall.
Bagaimana kami jumpa Setia City Mall, ceritanya begini. Actually mula-mula kami plan nak pergi Jusco Bukit Tinggi ikut Jalan Meru Tambahan. Time on the way, tiba2 saya teringat Lina(my labmate) ada bagitau yang Setia City Mall berdekatan dengan Tesco Setia Alam.. Terus saya suggest Mr. Abang pergi ke situ. Disebabkan kami berdua tak tahu lokasi Setia City Mall, terpaksala guna GPS. Rupa-rupanya memang sangat dekat dengan Tesco Setia Alam.
Setia City Mall sangat luas  & banyak store outlet, hampir sama dengan Midvalley. And then ada GSC. Itu yang penting...=). Setia City Mall dijadikan port baru lepak kami sebab dekat dari Puncak Alam.






Setelah shopping, kami just jalan2 & lunch di Pizza Papa Johns. Kami order Set A which have a set of breadstick, a set of potato wedges, two glasses of soft drink & 9' of pizza. Breadstick dimakan dengan cheese sauce/cream yang sangat sedap. Untuk jenis Pizza, saya order Chicken Super Papa. Walaupun liat sedikit (susah nak potong, last2 makan pakai tangan sebab dah lapar sangat) pun sedap jugak. Kelainan yang ada di Pizza Papa Johns compare dengan Dominos & Pizza Hut adalah cheese sauce/cream. Cheese sauce/cream yang sedap ni boleh dimakan dengan breadstick, wedges & juga pizza. Oh yea, satu lagi nak komen wedgesnya sangat lembut di dalam & crispy di luar.



 Sempat lagi main game

 Bread stick

 Potato Wedges
Chicken Super Papa Pizza & the yummy cheese cream/sauce

20 September 2013

Win-Win Situation for Mak, Maksu & Farid..

Farid nak transportation sendiri untuk pergi ke kuliah. Dia cakap susahla nak naik bas. Mula-mula dia mintak motor, tapi mak n abah rasa menunggang motor ni kurang selamat sedikit. Sekali kalau terlibat dalam accident, mesti cedera teruk.. Kalau accident kereta, pemandu kat dalam selamat sedikit. So, mak n abah decide nak beli Satria lama Maksu & berikannya kepada Farid.

Telah siap repair & cat

Satria Maksu ni dah lama tersadai di kampung. Sebabnya, dulu Maksu pernah jual keretanya kepada owner kedai kereta terpakai. Tapi dia buat dajjal pulak. Tak bayar kat bank. Disebabkan hutang tertunggak di bank berbulan2 (or setahun) & interest pun bertambah, Maksu terpaksa rampas balik kereta dari owner tersebut & letak di kampung. Setelah hampir setahun tersadai di kampung, mak offer nak beli kereta itu  daripada maksu sebab nak bagi kat Farid. Mak akan tolong langsaikan hutang kereta di bank. Tapi tak termasuk interestla. So, win-win situation di sini. Mak akan dapat kereta & Maksu pulak dapat settlekan urusan tertunggak kereta satria ini di bank. Setelah selesai urusan jual-beli dengan Maksu, repair kereta pulak. Dah lama xguna kan. Pastu nak tukar gearbox lagi. Sebab kereta tu manual, Farid nak auto.

Punyala Klasik FM kereta satria ni..siap ada tempat simpan kaset lagi..

Siap jea repair segala bagai & cat baru, bukak jea sem baru Farid dengan happynya memandu kereta Maksunya ke kuliah. Conclusionnya, win-win situation untuk semua yang ada dalam story nie.:)


16 September 2013

Julie: Our Family Pet that Used to Be A Stray Cat

Julie. Itulah nama kucing kami. Mula2 bela Julie pada enam tahun yang lalu, masa Mus darjah 5. Actually Mus la orang pertama yang jumpa Julie. Ceritanya begini. Masa tu Mus & Mak baru balik dari jogging di taman kawan perumahan kami. On the way mereka berjalan kaki ke rumah, Mus ternampak seekor kitten di tepi jalan. Pastu Mus panggilla kitten tersebut. Tiba2 kitten itu ikut Mus dari belakang sampai ke rumah. Disebabkan tak sampai hati nak drop kat tempat lain, kami sekeluarga pun belala kitten itu. Dan sayala yang memberi nama Julie terhadap kitten itu. Sejak hari itu kami bela Julie sampai sekarang.

Julie buat pose manja pulak..nak buat orang teringat kat diala tue..

Pose control..gedikla Julie nie..

Setiap kali kalau ada kucing baru, akan diberi training dahulu termasuklah Julie. Cewahh..macam pekerja baru pulak. Kucing2 sebelum ini pun sama jugak. Just nak train supaya kucing baru tak membuang merata tempat. Caranya, after kucing baru ini diberi makanan, mesti dikurung dalam bilik air. Make sure ada provide airla dalam bilik air. Reason kami kurung kerana kami tahu kucing after makan mesti nak membuang tak kirala dalam bentuk solid or liquid. Lepas beberapa puluh minit or sejam, mesti kucing tu dah membuang something & boleh keluarkan kucing dari bilik air. Apabila kucing baru ini dah membuang beberapa kali di tempat yang sama, selepas itu kucing baru dengan sendirinya akan pergi membuang di tempat yang sama. Tak perlula kita nak kurung dalam bilik air lagi.




Ada orang tanya macammane kami boleh bela kucing begitu lama. Ada kucing yang diorang bela sekejap ada yang larila, hilangla. Saya jawab saya just ikut jea kemahuannya. Kalau Julie lapar beri makanan, kalau nak keluar bukakkan pintu, kalau nak ehem2, bukak pintu bilik air.Besides that, kami suka belai Julie..



Can Get Affordable Products in Ikea

Dulu, sebelum pernah menjejakkan kaki di Ikea, mindset saya terhadap Ikea, ini tempat shopping untuk orang2 kaya jea. Even semasa first time saya pergi situ pun, memang betulla apa yang dalam fikiran saya. Perabot2 simple pun dijual dengan harga mahal. Setelah dah beberapa tahun, dah banyak masuk ke pelbagai jenis shopping complex (kononnya dah makin tua dah makin banyak pengalamanla), saya pikir pricingnya agak okla..One more thing, barang-barangan di Ikea termasuklah perabot semuanya adalah design modern contemporary. So, semua peminat2 design ini suka shopping di Ikea.
Saya start shopping di Ikea selepas kahwin. Sebelum kahwin just window shopping jea.Yeala nak shopping ape sebelum kahwin. Nak beli something untuk rumah mak, tak kena pulak dengan design rumah mak iaitu bali design.  Mr. Abang pun suka bawak saya shopping di situ. Sebabnya dia suka makan meatball Ikea.
Pada hari Jumaat lepas (14 September 2013), Mr. Abang bawak saya lagi shopping di Ikea. Sebelum shoppping macam biasa saya & Mr. Abang make sure perut kami diisi dahulu. So, time shopping tak adela perut2 berkompang2. Kami order Swedish Meatball & Chicken Drumstick di Ikea cafe.
Swedish Meatball as always very delicious. Beef stock sangat pekat & beef smell pun kuat. That's meal specialty, the rich with flavour stock & the strong smell. And that's why this meal so famous in Ikea Cafe.


 sometimes i'm wondering, why they put strawberry sauce with this meal.. Is it to eat with fries.

For Chicken Drumstick, ini first time kami order this meal. Drumstick texture is so tender & moist & mashed potatoes is delicious. Tapi spoilnya sos untuk meal ini sangatla tak sedap, iaitu lemon sauce. Next time kalau makan lagi di Ikea saya tak akan order dah meal ni.



After makan, bermula misi pencarian barangan rumah. Macam biasa saya still rasa perabot yang dijual agak mahal. Tapi kalau kita bijak shopping, kita akan dapat jumpa product yang dijual dengan harga murah. Saya beli oven glove, stainless steel beater, stainless steel sugar &spices rack & storage bag with stand. Semuanya dibeli tak sampai RM30. Agak affordable, sebab semua item yang saya beli ini adalah tahan lama & berkualiti tinggi.

Selekeh giler time ni..baru lepas balik keje katakan..

Sebelum ini stail saya shopping macam ini juga. Kalau saya jumpa item yang memang nak pakai lama & harga ok, saya straight away pick this item. Dan selepas ini pun saya guna stail yang sama juga. =)

Sampai je rumah terus guna product2 ni

14 September 2013

Secret Recipe No longer Have My Favourite Tea Time Promotion

Ada suatu hari itu, time tengah2 keje tiba2 terasa nak makan Brownies yang dijual di Secret Recipe..Actually dah dua kali  saya makan brownies Secret Recipe sebelum ni tapi xpernah muak.  Sebab rasa brownies ni sangat rich & texturenya sangat chewy. Macam makan chewy gum. Saya sampai carila cara nak buat chewy brownies di internet. Tapi bila saya try masak semuanya tak menjadi. Bukanla tak menjadi sampai tak boleh makan..Maksudnya tak menjadi tu tak dapat texture chewy, just dapat rasa kek coklat biasa. Last2 malasla nak masak lagi. Kalau terasa nak makan brownies beli jea di Secret Recipe.. Yang introduce brownies kat saya, budak part-time ofis saya, Yazmin Naziha. Diala yang bawak brownies ke ofis & bagi semua orang makan. Sejak hari itula saya dah jatuh cinta dengan Brownies Secret Recipe.
Then, lepas kerja saya cepat2 balik nak pergi Secret Recipe Puncak Alam. Sebab nak dapat favourite Tea Time Promotion. Tea Time Promotion adalah kalau order one slice of cake dari pukul 3pm hingga pukul 6pm akan dapat coffee/tea percuma. Sampai di sana dalam pukul 5:30pm. Bila dah masuk Secret Recipe & saya orderla Brownies. Saya tanya waiter dapat free coffee kan kalau order cake. Malangnya dia beritahu that promotion already discontinue & already change with new one. Promotion baru adalah kalau order coffee/tea during teatime(3pm-6pm), got 50% discaunt for one slice of cake.
Hmmm..ni sebab kes harga minyak naik ke...Promotion pun dah tak macam promotion dah. Yang harga free dah semakin ditarik balik. Yeala sebelum ni dapat free coffee/tea. So kita dapat jimat dalm RM6-7..Sekarang ni just bagi 50% discaunt kek sahaja, maknaya jimat dalam RM3-4 sahaja. Saya bukannya berkira or something, tapi saya nak bijak berbelanja.
So, nak cepat2 cover rasa terkejut & frust depan waiter, saya pun orderla promotion baru tu. Kek saya order brownies. Lepas order brownies, waiter bagitau pulak yang brownies tak termasuk dalam kek, so tak valid untuk promotion tersebut.
Hmmm..yeala..time dua kali makan brownies sebelum ni bukannya teatime.. Pastu time promotion, saya selalunya order kek biasa jea, not brownies

This promotion is already discontinue..so sad..

Last2 saya order one slice of brownies & warm water sahaja..Bila dah dapat brownies, rasanya tak chewy pun. Rasa macam yang saya bake sebelum ni jea. Lepas makan & balik, saya decide ini adalah kali terakhir saya makan Brownies di Secret recipe..Baik saya bake brownies sendiri jea..


This brownies is not chewy taste like i want..


10 September 2013

Petrol Oh Petrol..Harga Naik Lagi

Harga petrol naik lagi..Naik 20sen pulak tu...Harga minyak dah naik 20%, lepas tu harga2 barang pun naik 20% jugak. Gaji jugak yang tak naik 20%..aduhlah haiiii...Kita yang  yang kerja swasta ni rasa perit sedikit sebab bukannya dapat banyak elaun & kenaikkan gaji beberapa kali macam pekerja kerajaan. Tapi tak boleh nak buat apa. Kalau buat demo, join perhimpunan Bersih , segala bagai, bukannya memberi kesan apa2 pun. Okla saya malaslah nak bercakap pasal politik & condemn mana2 pihak.  Saya kenalah fikir inisiatif sendiri untuk mengikut rentak kenaikan harga minyak or in other words "go with the flow". Setelah google & search dalam beberapa blog, saya dapat jumpa cara menjimatkan penggunaan petrol. Walaupun cara2 ini tak dapat menjimatkan minyak sebanyak 20% atau maybe dikatakan agak tidak praktikal, tapi tak salah untuk mencuba.

Tip-tip Untuk Jimatkan Penggunaan Petrol

1. Isi minyak sebelah malam, atau awal pagi apabila cuaca sudah sejuk
 
2.Isikan minyak sehingga tangki penuh 


3.Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap 


4.Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda

5.Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan

6.Cuba guna kereta untuk perjalanan yang jauh sahaja

7.Kurangkan penggunaan penghawa dingin

8.Kurangkan beban kereta
 

9.Panaskan enjin selama 30 saat sahaja

10.Elakkan menunggu dengan enjin masih hidup

11.Elakkan menggunakan gear rendah

12.Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin , kalau kereta biasa – 80% daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!)

13. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin sebaiknya)

14. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N sebab filter K&N diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat

15. Pasang intercooler pada enjin anda (bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak)

16. Spark plug perlu dlm keadaan baik ( Tak hitam & gap OK)a


Tips2 ini saya dapati dari http://sedakasejahtera.blogspot.com/2012/10/kita-bongkar-tip2-cara-untuk-jimatkan.html. 

9 September 2013

Uptown Danau Kota

Saja ajak Mr. Abang pergi Uptown sebab nak tambah koleksi shawl & skirt.  Kalau nak tambah koleksi pakaian saya memang suka beli di Uptown sebab barang2 termasuklah pakaian dijual dengan harga yang agak murah & berpatutan. Tapi tak tahu uptown mana yang paling dekat dengan Puncak Alam selain Uptown Shah Alam. Malasla nak pergi Uptown Shah Alam sebab dah banyak kali pergi situ. Besides that, pernah ada history kat situ iaitu kena saman dengan MBSA sebab parking di tepi jalan (my fault). Mr. Abang suggestla pergi Uptown Danau Kota yang berlokasi di KL dan jaraknya dalam 30km dari Puncak Alam.
Sampai sahaja Uptown Danau Kota (dengan mengunakan khidmat PapaGo), kitaorang makan di Mali's Corner. Mali's Corner just opposite of Uptown Danau Kota. Tersangatla ramai orang yang makan di situ. Time Mr. Abang beratur nak order makanan, saya pergi book tempat dulu. Takut bila dah dapat makanan, tak ada tempat pulak nak duduk. Saya order Nasi Lemak & Mr. Abang order Char Kuew Tiaw.
Selesai makan, bermulalah misi menambah koleksi pakaian di Uptown. Uptown Danau Kota sama juga seperti uptown2 yang lain. Cuma kawasannya lebih luas, lebih happening & banyak gerai2. Pelbagai jenis barang di situ antaranya pakaian, makanan, perkakasan rumah & barangan kucing pun ada. Kalau kaki dah lenguh setelah shopping. boleh pergi ke stall foot massage. Setelah dah survey, dah window shopping & so on, saya dapat membeli sehelai shawl berharga RM15 & sehelai skirt berharga RM30. Selesai sahaja shopping, kitaorang balik pada pukul 12:30pm...Actually dah masuk kereta baru sedar kitaorang dah jenjalan sampai tengah malam..



 have a late dinner at Mali's Corner


 Surveying shawl & skirt
Just upload dua gambar sahaja sebab tak dapat nak bergambar sangat. Time shopping tu hujan renyai turun & non-stop.

8 September 2013

Raya 2013: Explorace pada hari terakhir Syawal

Jumaat lepas (6 September 2013) adalah hari terakhir dalam bulan Syawal. Tapi saya & family tak melepaskan peluang untuk pergi beraya rumah saudara lagi, walaupun dah last day of Syawal month. Kali ni kami plan nak pergi beraya rumah Makndak di Cheras. Saya tak ingat macam mana nak pergi rumah Makndak, so terpaksala follow family dari PJ.
Sampai sahaja di PJ (dari Puncak Alam), mula2 still dapat follow kereta family dari belakang. After bayar tol di NPE Pantai Dalam, kitaorang dah tak sempat follow, sebab diorang guna SmartTag. Saya dah pakai dah Touch N Go, tapi disebabkan ada kereta depan kiatorang slow (agaknya tak jumpa kad 'touch n go' dia), tu yang tertinggal. Farid pulak drive laju..
Disebabkan dah tertinggal jauh and then Mr. Abang pulak dah tersalah masuk highway, terpaksala kiatorang mencari jalan ke Cheras sendiri. Bermulala misi meredah ke rumah  makndak. Dah macam explorace pulak. Dahla saya & Mr. Abang tak familiar sangat dengan area Cheras. Saya ni nama jea orang PJ tapi buta jalan. Nasib baikla Mr. Abang ada bawa GPS PapaGo. Saya try search taman perumahan yang Makndak tinggal iaitu Taman Tun Perak Batu 9 Cheras, malangnya tak ada dalam system pulak. Yang ada cuma Klinik Kesihatan, Batu 9, Cheras. So, kitaorang terpaksa drive ke klinik itu & hope berdekatanla dengan rumah Makndak.
Time sesat2 jalan & blur dengan area Cheras, trafik pulak tersangatla teruk. Pastu pulak asyik terlajak & tersalah masuk exit. Aduiii..Dahla tak makan lagi. Mula-mula give-up dah nak pergi rumah makndak, tapi Mr. Abang naikkan semangat suruh cari rumah Makndak jugak sampai dapat.
Setelah mencari, meredah & calling2 Pakndak, akhirnya sampai jua. Sampai rumah Makndak, kami terus makan nasik lauk udang2 yg sangat enourmous (udang galah agaknya) & ayam masak cili api. Sedapnya..Selesai makan nasik, Pakndak bawak balik durian. Berbaloi datang ke rumah Makndak sampai sesat2..hehe..

 Inila muka2 bila perut dah kenyang..hehe


7 September 2013

My Signature Drink: Air Barli Suam

Dulu2 kalau makan kat luar saya suka order favorite drink saya iaitu fresh orange. Sebab saya suka minuman yang masam, and the same time boleh jadi pencuci mulut (drink cum fruit dessert liquid version). Kalau restoran tak ada orange saya order limau suam. Sekarang ni saya dah tukar signatare drink saya iaitu,  barli suam. Kalau lunch dengan member ofis, diorang pun tahu saya akan akan order drink apa. Bukan setakat makan di luar sahaja saya suka order barli suam, even di rumah pun saya buat air barli sendiri.
Apa sebabnya saya suka minum barli suam.
Sebabnya barli ni boleh cool down our body heat. My body heat is higher compare to normal body heat . Masa kecik2 dulu even sekarang pun, hidung saya selalu berdarah. Saya juga senang demam & selalu kena mouth ulcer yang banyak & lambat sembuh. Semua penyakit ini ada kaitan dengan body heat yang tinggi. So, untuk kurangkan kena penyakit tersebut, ada orang suggest (tak ingat dah siapa) supaya minum air barli suam. Semenjak saya amalkan minum air barli suam, saya dah kurang kena penyakit2 tersebut.
Barli suam juga ada lagi kebaikan yang lain iaitu  melawaskan kencing, meningkatkan kesihatan buah pinggang, merendahkan kolesterol, meredakan sembelit, mencegah penyakit kanser dan mengurangkan risiko kencing manis.


 Barli yang mentah. Boleh dibeli di mana2 supermarket.

Dimasak dengan air sehingga mengelegak or barli menjadi kembang
Sedia untuk diminum


6 September 2013

Paddington house of pancakes a.k.a lempeng versi moden

Saya & Mr. Abang  pergi makan di Paddington house of pancakes , after tengok wayang cerita "Kick Ass 2". Ini adalah second time kitaorang makan di sini. First time, buka puasa tahun lepas. Masa itu, tak plan pun nak berbuka di situ. Tapi disebabkan dah terdesak, semua tempat makan yang well-known (especiallly fast food) dah banyak yang fully-booked, so kitaorang terpaksala book tempat tu untuk berbuka.
Kali ini kitaorang order Set Lunch , sebab agak jimat kalau compare dengan ala-carte. Lunch Set dah include fruit punch & just tambah RM2.50 untuk dessert iaitu Mini Pancake Sundae.
Saya order Grilled chicken slices, tomatoes, pineapple, mozzarella & smokey BBQ sauce, served on ducth pannekoek. Nama macam canggih tapi Pannekoek ni macam ala2 roti tisu yang ada jual kat kedai mamak. Lempeng yang crunchy. Tapi Lempeng ni up sedikitla sebab dah mix dengan stuff2 yang saya sebut just now.
Mr. Abang pula order Mixed, scrambled eggs, beef bacons & cheese, served with original pancakes. (panjang bebenor nama kedua2 set ni). Yang ni baru macam lempeng. Mr. Abang komen makanannya lagi best if compare dengan Pancakes House. Dessertnya sangat sedap. Sundae dengan mini pancakes.

 Fruit Punch

 His meal


My meal

Mouth-watering dessert

Semangatnya dia letak sos..


5 September 2013

Kisah Game ManU Vs Liverpool & Ani Sup Utara

Malam tu ada game ManU Vs Liv. Bebudak ni cakap (termasuklah Mr. Abang) game ni ada fight or sangat thrill or anythingla, walaupun setakat EPL jea..walaupun saya ni tak adala pakar sangat bab2 bola ni tapi saya tahula EPL ni tak adela melibatkan adrenalin rush sangat sebab musim EPL baru jea bermula. Pastu bukannya game kalah mati pun. Tapi bebudak ni cakap dua2 adalah kelab gergasi, so gamenya bestla..Hmm..apa2 ajeala..
Bebudak ajakla kaum2 perempuan ni (saya, mak & didi) pergi mencari port tengok bola (actually bebudak ni nak dibelanja makan..hehehe.=P). Okla, kitaorang ikut sahajala & plan nak makan makanan yang light2 sahaja. Mula2 mak suggest makan sambil tengok bola di Desaria. Di situ ada projector & screen besar & menayangkan game2 yang best. Sebab itu Desaria famous dengan budak2 lelaki. And then ada jual lempeng.
Tetapi, malangnya tutup pulak. Terpaksa kami mencari kedai mamak. Ada satu kedai mamak dah over fully booked. Sangat penuh dengan peminat2 bola. Dah tak ade sit kosong. Ada satu lagi kedai mamak yang  nampak macam kosong jea. Rupanya tvnya tak ade channel game tersebut.

Last2 kitaorang singgah di Ani sup Utara, sebab kitaorang dah ternampak tv di restoran tu ada siaran game tersebut sebelum pergi ke kedai mamak. Tapi disebabkan mak cakap makanan di Ani Sup Utara tak berapa nak sedap, so kitaorang tak adala nak singgah. Tapi lepas bebudak ni dah terdesak sangat, so terpaksalah singgah makan di Ani Sup Utara & makan makanan yang heavy.
Menu di situ semuanya berasaskan sup. Eg sup perut, sup cendawan, bihun sup,etc. Habis dalam RM62 untuk enam orang .
Lepas habis makan, kaum perempuan balik rumah dahulu.

  
Inilah bebudaknya.. Aiman, Farid & Mr. Abang


3 September 2013

Menyelam sambil minum air

Why i put this title for this story. The reason is, pada 31st September 2013, family sebelah Negeri Sembilan termasukla mak saya ada kenduri saudara mereka di Bangi Golf Resort. Semua pakchik-makchik yang dari kampung (Negeri Sembilan) termasukla uwan pergi ke wedding ini. So, dah alang2 diorang dah turun KL, mak pun ajakla mereka datang beraya ke rumah kami cum family gathering selepas balik dari kenduri kahwin, bak kata pepatah menyelam sambil minum air. 
Berbalik pada story saya, disebabkan saudara-mara akan beraya pada waktu petang, so menunya jugak adalah makan petang.  Saya, Didi & Mak plan untuk memasak bihun sup, popia goreng, lasagna & saya akan buat dessert iaitu puding roti beserta sos kastard & kek coklat.
Selepas dah memasak pada malam Sabtu & pagi Sabtu, kami terus bersiap untuk pergi kenduri. Kami berjanji dengan Paktam, Maklang & Makndak untuk bergerak bersama mereka & tempat pertempuan adalah di Tol Bangi. Semasa bersiap, Mr. Abang sampai rumah(dari Puncak Alam) dalam pukul 11. Kami bergerak dalam pukul 12pm.
Sampai sahaja mereka di Tol Bangi, terus gerak ke Bangi Golf Resort. Kendurinya di Banglo atas bukit, bersebelahan padang golf.  Setelah sampai di kenduri & bersalaman dengan tuan rumah (my mum' cousin), my first impression is " grand jugak kenduri". Biasala kenduri untuk anak sulong, first time buat kenduri pulak tu. Di situ siap ada sweet corner yang serve mee kari,char kuew tiaw (cook on the spot upon request), cendol, chocolate fountain (to dip with mixed fruits, marshmallow, biscuits, others) & kuih-muih. Actually first time pergi kenduri yang ada serve char kuew tiaw. So uniqe.. Yang lain semuanya dah biasa dibuat termasukla photobooth.
Selesai makan di kenduri, saya & family terus balik PJ, sebab saudara sebelah Negeri Sembilan nak datang beraya.
And then, sampailah semua adik-beradik mak & family( inilah sebelah  Negeri Sembilan) except Mak Teh & family. Because she live too far away which in Terengganu. Bermula sesi beraya.
Saya tak sempat nak ambik gambar menu2 yang kami masak, sebab cepat sangat habis. And then, time makanan tengah serve nicely on the dining table, saya pula pergi jamuan raya Mr. Abang punya boss di Kota Puteri.


Lorr..mak pandang mana tue..
My maternal side relatives

Ada aksi bawah 18sx di situ..huuu

My auntiess

My Makchik's newborn daughter


1 September 2013

Kak Nur Mee Jawa

 Mee Jawa Kak Nur

Kalau terasa nak makan Mee Jawa, saya & family saya dah ada tempat Mee Jawa tersendiri. Kami suka makan di Kak Nur Mee Jawa yang bertempatan di dalam Pasar dan Kompleks Penjaja Taman Dato Harun. Mee Jawa memang sedap sangat & kuahnya sangat pekat. Main ramuan untuk kuahnya adalah keledek & udang kering. Saya pergi makan pada hari Khamis (29th August 2013) bersama dengan Farid. Kalau nak makan kat situ time weekend kena bersabarla sedikit sebab customer sangat ramai. Itu belum kira lagi customer yang order dalam amount yang banyak untuk take away. Pernah sekali saya nak makan time weekend, Mee Jawa  yang saya order tak dapat2. Last2 saya cancel makan di situ & makan di tempat lain. Sebab itu hari Khamis itu saya beria2 ajak Farid makan di situ. Sebab customer akan tak seramai time weekend. Kebetulan saya memang MC minggu tu.

Inilah Mee Jawa & teh tarik yang kawww...