27 August 2013

Cuba mengigihkan diri untuk menulis blog..

Sebenarnya tak adela rajin sangat  nak menulis blog ni. Tambah-tambah pulak, laptop ni slow tahap kura-kura yang termiss makan sarapan pagi. Nak tunggu upload photo, pastu nak click to another window, mak aiii sempatla makan bihun bersos cili kat dapur. Tapi disebabkan banyak aktiviti, travelling, event2 lama-lama yang tidak direkod detailly especially ke dalam diary, semua memori hampir dilupakan sedikit demi sedikit. Lama-kelamaan kita just ingat kita ada pergi tempat itu,  tetapi kita dah tak ingat apa yang kita dah buat di tempat itu secara detail. Kadang-kadang just save photo dalam laptop or harddisk, kalau kena attack virus semua gambar akan lesap... Kalau upload photos and then share story dalam FB, orang akan kata kita syok sendiri. So, saya decide untuk menjadikan personal blog saya sebagai sebuah journal electronic & boleh dibaca oleh sesiapa yang berminat sahaja. Kalau tak berminat tak payah browse blog saya. Again, as simple as that (ayat ni dah jadi macam tagline saya pulak). Maybe story yang bakal saya tulis dalam blog ini tak ikut turutan masa sedikit or akan ditulis secara backward (story yang paling latest then yang paling terdahulu) sebab saya dah lambat sangat start  menulis blog. huhu..

1 comment:

  1. bila laptop slow memang jadi malas kan nak mengupdate. sha pun skrg guna pc tempat kerja je, laptop sendiri, tidur bangun semula pun belum tentu habis loading haha

    ReplyDelete