Third Day Beraya di Perak, kami plan nak buat Open House lagi. Sebabnya, hari itu, akan ada ramai saudara-mara yang akan datang beraya baik sebelah pak mertua mahupun sebelah mak mertua. Menu yang dicadangkan oleh Chef Ida adalah Mee goreng, Soto & Bihun Sup. Tetapi harititu saya tak dapat nak jadi assistant Chef Ida, sebab Mr. Abang nak bawa saya pergi melawat Opah Selama (sebelah Pak Mertua).
Perjalanan dari Taiping ke Selama memakan masa 1jam lebih juga. Tapi saya macam biasa, kalau dah lalu jalan yang macam ular kena palu, saya tidur jea kerjanya. Sedar2, dah sampai kampung Opah Selama. Di situ, saya dapat berjumpa dengan anak-beranak Paklong, Makteh, Maklang & Cu.
Selesai beraya, Opah & Makteh tumpang kami untuk balik ke Taiping semula.
Sampai sahaja kami di Taiping, keluarga Maklang (belah mak mertua) & Cik An sudah berada di rumah.
Pada waktu malam, Mr. Abang & sepupu-sepapat membakar mercun yang tinggal (separuh lagi sudah dimain time malam sebelum raya).
Selesai membakar mercun, anak beranak maklang & Cu sampai ke rumah untuk beraya.
Malam itu ada game Malaysia lawan Barcelona. Disebabkan saudara-mara yang ada ramai lelaki, dah macam kat stadium dah kat rumah especially time bersorak Malaysia score 1 gol.
CONVERSATION
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
sedapnya soto, lama tak makan
ReplyDelete