29 August 2013

Raya 2013: Insiden salah rumah & tayar pancit

Alkisahnya...On 18th August 2013, Kak Pidah ada mengajak saya beraya ke rumah Abang Jem pada hari Ahad through WhatsApp. Saya nak join sebab dah lama tak jumpa geng2 ALH especially ex-ALH (Kak Kira & Aini). Tetapi, Mr. Abang pula kerja petang, masuk pukul 3ptg on that day. WhatsApp Aini nak carpool dengan dia & she agreed. And then mintak izin Mr. Husband, takut2 dia tak bagi pergi pula. Setelah convince kan Mr. Abang yang saya park kereta di Bukit Jelutong & then akan carpool dengan Aini dari sana, Mr. Abang allow me to go beraya.
Setelah selesai memasak untuk Mr. Abang & he already went to work, saya cepat2 bersiap & terus gerak ke Petronas Bukit Jelutong. Dalam masa beberapa minit Aini pun sampai. Saya & Aini terus gerak ke rumah Abang Jem di Kota Damansara. Sampai sahaja di perkarangan rumah Flat, kitaorang dah nampak Abang Jem melambai2 dari rumahnya. Rumahnya di fourth floor (if i'm not mistaken). Kami berdua sama2 sampai dengan Ain & the geng (keluarganya).
After menaiki tangga hingga floor ke berapa ntah, ada satu rumah ni pintunya terbuka luas. Ingatkan itula rumah Abang Jem. Dengan confidentnya kitaorang stop di hadapan rumah tersebut. Sebelum tanggalkan kasut, tiba2 Abang Jem turun dari floor atas & panggil kitaorang. Dia bagitau tu bukan rumahnya. Rumahnya di floor atas. Malunya..Nasib baik belum masuk rumah stranger tu lagi..Kitaorang just gelak terbahak-bahak. It's such a hilarious incident.
Sampai rumah Abang Jem, terus pergi makan. Menunya adalah Soto & Rendang. Semuanya saya merasa. Rendang memang superb. And then, sampaila kaum-kerabat Kak Pidah & Kak Kira.

Di rumah Abang Jem

Dalam pukul 6, semuanya gerak ke rumah Kak Pidah pulak di Shah Alam termasukla Abang Jem sekeluarga. Sampai je ke kereta Aini, tengok tayar pancit pula. Aini cakap baru jea pancit, sebab sebelum drive belum pancit. Dia ada check. So, terpaksala mintak tolong Abang Jem, The Car Sifu. Lepas dia check, dia suruh Aini drive kereta dia ke rumah Kak Pidah. Bawak bini & anaknya sekali dengan kitaorang. Abang jem drive kereta Aini.
Sampai2 di rumah Kak Pidah, kitaorang dihidangkan dengan Lontong Jawa & Nasi lauk sardin. Lontong sangat sedap, then nasi lauk sardin sangat laku. Budak2 memang suka sardin, sampai habisla sardin yang Kak Pidah masak.
Berbalik pada kereta Aini, abang Jem bagitau ada something wrong dengan nat di tayar. Macam dah patah, I guess. Kena tukar dengan tayar spare. Abang Jem suruh Aini kena hantar ke workshop esok.
Sebelum balik, Kak Pidah siap tapaukan lontong untuk setiap family. Bagusla Kak Pidah. Bolehla buat untuk bersahur esok.

 Di rumah Kak Pidah

Time drive balik ke Bukit Jelutong, Aini terpaksa drive slow sebab tayar spare tak boleh drive melebihi certain speed.
Sampai sahaja Petronas Bukit Jelutong, Aini drop saya & saya drive balik ke Puncak Alam.
Itulah alkisah salah rumah & tayar pancit..huhu..

Checkers Hypermarket

29th August 2013. Hari ini, saya, mak & Farid the driver pergi ke Checkers Hypermarket untuk restock barang2 dapur di rumah. Ini memang aktiviti wajib kami setiap bulan. Just nak cerita kenapa supermarket ini sentiasa menjadi pilihan keluarga kami sejak kami pindah dari Kuantan (tahun 2004). Even kalau saya balik rumah mak, mesti akan shopping barang dapur di Checkers. Hypermarket ini tak adela glamour mana kalau nak compare dengan Tesco, Giant & Carefour jauh sekali. Supermarket ini pun tak ada air-con & design pun macam gudang jea.
One of the advantanges adalah harga barang2 especially barang2 dapur samaada basah or kering di Checkers agak murah compare to barang2 dari well-known supermarket. Besides that, supermarket ini kurang menjual barang2 yang agak fancy. Senang cerita, tak banyak jenis barang yang dijual. Just menjual barang2 wajib sahaja. So, less tempting & will contribute to less spending. Besides that, di sini ada menjual barang dapur secara wholesale, maknanya bawang besar boleh dibeli untuk 1 guni. Lagi banyak amount yang kita beli untuk sejenis barang, lagi murah harganya. So, walau sehebat mana promosi yang dibuat oleh supermarket lain (especially Tesco), kami tetap pilih Checker Hypermarket.



Accompany my Bro to buy Sony Xperia ZL

28th August 2013. Farid mengajak kaklongnye(sayala tu) pergi ke Plaza Low Yat untuk membeli handphone. Saya pun ajak la mak sekali since mak pun nak beli GPS MamaWent, eh tak, GPS PapaGo & Hard Disk untuk abah. Yeala susah redah pergi ke tempat yang baru jika tak mempunyai GPS. So, mak pun nak beli GPS PapoGo sebab agak user-friendly. Itu feedback dari Mr. Abangla sebab Mr. Abang pun ada GPS brand yang sama juga.
Mak belikan external harddisk untuk abah sebab sangat kesian abah just pakai thumbdrive, pendrive & segala bagai drive untuk save datanya. Tak pernah ada external Hard Disk. So, mak decide untuk membeli 500GB Hard Disk untuk abah.
Sampai di Plaza Low Yat, terus survey HP. Farid dah aim brand Sony Erikson. Saya bagitau belila brand Samsung S3, glamour sedikit. And then, dia cakap Samsung dah terlampau banyak klon. Member dia ada beli klon Samsung Note 2 yang hanya berharga RM500 sahaja. Mak aii. Murahnya. Semua spec & feature sama just camera tak berapa nak cantik. Hmm.. Padanla dengan harga. Tapi budak2 muda especially budak2 U, memang sukakan brand Sony Erikson sebab gambar memang cantik. Memang brand lain tak boleh compete. After survey few retails outlet, last2 kami decide pergi ke Sony E outlet sendiri. Sony Salesman's explanation more better & details compare to saleman from other  common retails outlet.Tapi satu ape pun saya tak faham. Saya ni slow sedikit bab-bab gadget. Even hp S3 saya ni dipaksa beli oleh Mr. Abang. Tak apela asalkan Farid faham.
After explain by him, Farid agree to purchase it. Harganya RM1,520 termasuk all accesories, memory card 8GB (yang original & khas untuk smartphone & also have 5 years warranty), diamond type screen protector & normal rubber casing. Okla tue. Harganya mahal sedikit je if compare dengan harga yang di offer oleh common retails outlet. Tapi kalau beli dari kedai Sony E sendiri is more convincing & will not get non- ori HP.
Setelah selesai membeli HP, kami pergi membeli PapaGo & External Hard Disk. Both items we didn't survey the price from few outlet because it's already 12pm & we didn't have much time. We need to fetch Mus at school because he finish school on 1pm. Besides that, we afraid traffic in KL will not so smooth during lunch hour. So, selepas membeli dua item ini, kami cepat2 nak balik ke PJ.


Setelah redah KL dengan mengunakan my HP GPS, rupa2nya Mus ada kelas tambahan sampai pukul 2pm. So, we had lunch at Pizza Hut which situated in PJ State. Parking punya susah nak dapat, last2 dapat MBPJ parking di bahagian rooftop.

Inila handphone baru Farid..

28 August 2013

Raya 2013: Last Day Beraya di Perak

Actually, our plan for that day before going back was different from the actual plan. Our activities were suppose jogging at Lake Garden, breakfast at Tiffany's, eh no, at Mamak Stall, & having Cendol at Ansari. Tapi semuanya tak menjadi sebab again bangun lewat.. Rasanya memang pecah rekod untuk paling kerap bangun lewat dalam masa 1 minggu.. Huduhnye perangai... Tak ada gaya bini or menantu orang. hehe.
So, terpaksa tukar plan. Aktiviti adhoc kami adalah pekena cendol dulu, then pergi jalan2 di Zoo Taiping. Yang join aktiviti adalah saya, Mr. Abang, Kak Ida, & of course Zara, Mimi & Syahir.
Selesai makan cendol, terus pergi ke Zoo Taiping.  Harga tiket RM12 untuk dewasa. If mengunakan MyCard Taiping dapat diskaun RM4. Nasib baik Mr. Abang anak kelahiran Taiping, so boleh dapat diskaun RM4 untuk setiap orang.Jimat2..

In my opinian, Zoo Taiping adalah zoo yang paling best compare to others Zoo including National Zoo (located in KL). Dalam zoo, tempatnya redup sebab banyak pokok2 yang besar, not smelly, & banyak binatang liar yang gemuk & sihat. Sekarang tengah buat upgrade untuk kandang gajah. Besides that, dalam zoo siap ada pembahagian kawasan mengikut negara lagi. Contohnya kalau haiwan dari Afrika, ada signboard yang mengatakan kawasan itu adalah untuk haiwan dari Afrika sahaja.So, if kita berada di kawasan tersebut kita dapat melihat haiwan2 yang berasal dari Afrika.  Begitu juga dari Australia & seterusnya.

redup jea dalam zoo. Banyak pokok2 yang besar.

bergambar dengan monyet, tapi ntah mana pergi monyetnya

Betis buaya tu lagi besar dari badan Mimi...erkkk...

Dah halfway berjalan, take a break jap.

Rilex jea Mr. Abang padahal nak kerja malam ni
Destinasi terakhir, bergambar dengan parrots


Zara buat pose "ada aku kisah'

Setelah balik dari Zoo, saya & Mr. Abang bergegas packing untuk balik KL. Actually, Mr Abang kerja malam tu. Tu yang rushing nak balik. Habisla sudah aktiviti beraya di Perak untuk tahun ini.



Raya 2013: Penang Trip

On the fifth day, habisla sudah sesi beraya baik di rumah sendiri mahupun di rumah orang lain (skimanye ayat). Kitaorang plan a vacation to Penang. Mula2 saya yang plan, sebab teringin sangat nak makan cheese nan wif tandori chicken di Hammediyah. Memang mengajak semua orangla & semuanya setuju. Just mak & pak mertua jea tak ikut & juga kak enal & abang alim.
Saya, Mr. Abang, Ale, Kak Ida, Mimi, Zara & Cu anak beranak bertolak dari rumah agak lambat jugak. Sepatutnya plan pukul 12, tapi gerak dalam pukul 2ptg. Dah masing2 bangun lambat. Dah sampai Penang, plan nak naik feri tapi kena queue panjang, so patah balik ikut jambatan Pulau Pinang. Tetapi dua kali lima jea malah even worst. Tak jem tapi trafik tak berapa nak lancar. Buang masa dekat situ jea. Redha ajeala.Nak buat macammana.
Dah sampai Penang, kitaorang pergi Toy Museum di Teluk Bahang sebab tak pernah lagi masuk sana. Harga tiket RM12 untuk dewasa & RM8 untuk kanak-kanak.Yang tak join sekali Cu, Syahir & Ale jea. Bila dah masuk, tempatnya tak berapa nak berbaloi dengan harganya. Tak adela best sangat. Show area pun tak adala besar sangat. Tapi okla untuk first timer.
Budak besar macam Syamim excitedla jugak tengok mainan & replika dari semua karton & komik.Kalau budak macam Zara, takut adala especially time bawa tengok replika Joker. Tapi, bila dah tunjuk patung yang cute2, dia pun excited. Sampai ke mak & ayah budak pun ikut excited jugakla (kitaorang la tu..hehe).

Sampai sudah..

Syamim paling excited
Zara buat pose ape tu.
Zara excited tengok Barbie Doll(including others too..=P)
Selepas ber'excited'2 di Toy Museum, kitaorang solat dulu di masjid yang berdekatan dengan muzium.Selesai solat, aktiviti mandi-manda di Batu Feringhi pula. Tapi yang mandi just saya, Mr. Abang, Zara & Syamim sahaja. Yang lain tolong jaga OKU (ale la..hehe..)..Punyala ramai guardian.. Tak adela just lepak2 tepi pantai...
 Ready to do swimming(funny thing is both of us don't know how to swim)
Be temporary guardian for Zara










Gosip apa tu...

Ale @ temporary OKU..mampu memandang dari jauh sahaja..=P

Habis mandi-manda, kitaorang solat Maghrib(jamak dengan Isyak) di masjid area situ. Aktiviti seterusnya adalah yang dinanti-nantikan oleh saya iaitu makan Cheese Nan wif ayam tandoori di Hammediyah. Perut memang dah tengah kosong. Yeala last sekali makan, branch pukul 11pagi tadi. Besides that, itula main purpose saya nak pergi Penang.
On the way pergi Hammediyah, kitaorang singgah  ber'modelling' dahulu di Hard Rock Hotel. Mr. Abang sempat bershopping di Souvenir Shop. Mr. Abang habis RM200lebih untuk 2 helai T-Shirt. Dia nak belanja saya, tapi saya tak nak. Mereka2 cakap ruginya tolak offer orang nak belanja. Actually, saya tak minat spend lebih2 untuk T-Shirt walaupun dibelanja. I'm more to blouse, jeans, skirts, handbags, shoes & anything girl stuff. So, rasa rugi spend lebih2 untuk something that not cup of your tea.

 Mr. Abang tersenyum lebarla.. dapat shopping 2 helai T-shirt

 future Malaysia next top model..erkkk...

 Zara dah penatla tu..nasib baik mood maintain ok sampai balik

 Who's more fatter?..=P

Selesai di Hard Rock Hotel, ok berbalik semula ke main plan saya iaitu dinner at Hammediyah. Unfortunately, setelah redah hutan belukar..eh tak2..redah nak masuk bandar, tukang masak Tandoori Chicken still on Raya leave pulak..Then, kitaorang sampai pun dah lewat, dalam pukul 9:30am (actually tak adela lewat sangat pun untuk kedai mamak), tuan kedai inform yang masakan panas pun tak ada. Frustnya.. Lama kot dah tak makan kat situ..Hmmm..so, terpaksala makan  Char Kuew Tiaw di USM.
Selesai makan, terus balik ke Taiping. Cu pula balik Ipoh.







Raya 2013: Fourth Day Beraya di Perak

On this day, dimulakan dengan sesi mengemas rumah sebab dah tak organize Open House lagi dah. (Jenuhla kalau hari2 nak buat Open House). Selepas mengemas (actually xsempat habis menyapu pun, disambung oleh mimi) saya & Mr. Abang pergi beraya rumah Kewek (his friend) d Taman Air Kuning.  Janji nak datang beraya pukul 12.00pm, tapi sampai pukul 1.00pm. Ati (Kewek's wife) cakap, kitaorang ni macamla dah ada anak, sampai lambat. Dia yang dah ada anak seorang dah bersiap pukul 11 pagi lagi. hehe..biasala..Sebelum pergi berjalan, kena make sure rumah kemas dulu sebelum tinggalkan rumah. Itu pesanan mak. Tak kira rumah sendiri atau rumah orang lain.  (Actually bangun pun lewat pagi tu. Tu yang mengemas lambat, bersiap lagila lambat..=P)
Selepas beraya, kami semua bertolak untuk pergi ke Majlis Perkahwinan Zaf (their friend) di Trong.
On the way nak pergi sana, jalan yang menghala ke Simpang empat(senang cakap nak hala ke KL) agak jem. (Queue panjangla). Terukla sape2 yang nak balik KL on that day.
Setelah sampai di tempat majlis, kami terus makan. Menu kelainan adalah laksa.


Pada waktu malam, just berehat di Kampung Boyan.

27 August 2013

Raya 2013: Third Day Beraya di Perak

Third Day Beraya di Perak, kami plan nak buat Open House lagi. Sebabnya, hari itu, akan ada ramai saudara-mara yang akan datang beraya baik sebelah pak mertua mahupun sebelah mak mertua. Menu yang dicadangkan oleh Chef Ida adalah Mee goreng, Soto & Bihun Sup. Tetapi harititu saya tak dapat nak jadi assistant Chef Ida, sebab Mr. Abang nak bawa saya pergi melawat Opah Selama (sebelah Pak Mertua).
Perjalanan dari Taiping ke Selama memakan masa 1jam lebih juga. Tapi saya macam biasa, kalau dah lalu jalan yang macam ular kena palu, saya tidur jea kerjanya. Sedar2, dah sampai kampung Opah Selama. Di situ, saya dapat berjumpa dengan anak-beranak Paklong, Makteh, Maklang & Cu.
Selesai beraya, Opah & Makteh tumpang kami untuk balik ke Taiping semula.
Sampai sahaja kami di Taiping, keluarga Maklang (belah mak mertua) & Cik An sudah berada di rumah.
Pada waktu malam, Mr. Abang & sepupu-sepapat membakar mercun yang tinggal (separuh lagi sudah dimain time malam sebelum raya).
Selesai membakar mercun, anak beranak maklang & Cu sampai ke rumah untuk beraya.
Malam itu ada game Malaysia lawan Barcelona. Disebabkan saudara-mara yang ada  ramai lelaki, dah macam kat stadium dah kat rumah especially time bersorak Malaysia score 1 gol.

Raya 2013: Second Day Beraya di Perak

Second day Beraya di Perak, saya & kaum2 perempuan sibuk memasak sebab nak mengadakan Open House, & moreever saudara-mara akan datang melawat Kak Enal yang baru sahaja deliver baby girl. Our menu are Nasi Lemak wif ayam berempah, Mee Goreng & Lontong (dapat juga merasa makan lontong walaupun tak balik Jempol). Time sibuk memasak, Ci War (Mr. Abang's uncle) hantar voice mail through family wassup for two times to ask us to come to his house. (Ya Allah..teruknye penggunaan bahasa Inggeris aku ni. Tak apela time nila nak guna). He also organize an Open House at his house too. So, geng lelaki, saya & mimi pergila ke rumah Cik War. Dia serve Lontong juga, tapi masakan Johor, Tak sama macam yang uwan masak. Warnanya agak kehijauan sedikit.

 They call me Auntie Ya
Just arrived Cik War's house
 Mr. abang & mimiez..
wif kaum kerabat Cik War
Selepas selesai beraya di rumah Cik War, kami balik semula ke Kampung Boyan untuk melayan tetamu yang bakal tiba. Mula2 bukannya kawan Kak Enal yang ramai datang, tetapi kawan Mr. Abang. Layan ajeala, nama pun datang beraya. Tak kisahla tetamu sape pun. 
Pada waktu malam, saya & Mr. Abang pergi beraya ke rumah kawannya, Edi di Kemunting.

Raya 2013: First time Beraya Berjauhan dengan Family

Tahun ini buat pertama kalinya saya beraya di perantauan..cewahh..Macam beraya di oversea pulak.(sebab dulu2 teringin nak beraya di oversea lepas tengok student oversea hantar wish Raya dekat suratkhabar...hik hik.).Tak adela...Saya beraya di rumah mertua di Taiping, Perak. Nervousla pulak rasanya. Tak tahu pandai ke tidak saya ni membawa diri sebagai menantu. Tapi Alhamdullillah, family mertua termasukla ipar-duai, biras padi (=P), semuanya sporting tahap maksim. First day Raya, lepas solat raya, aktiviti bersalam-salaman, makan mee udang ketam (dimasak oleh  tak lain tak bukan Kak Ida) kami sekeluarga pergi ke studio untuk mengambil gambar keluarga. Tahun ini disebabkan dah plan untuk memakai baju raya bertemakan warna turqoiuse, so agakla cantikla kalau diambil gambar untuk dijadikan family potrait.




Di pagi raya bersama Mr. Abang

Bersama Qisya & Zara


Sesi bersalam-salaman


Di studio. Ibu berpantang pun join sesi candid-mengandid


Ale tak boleh tinggal dia punya crutch 


Now u know, u're not so taller than me..=P

Aksi poyo bersama Mr. Abang


And last but not least, aksi romantik kami berdua..hee

Selepas sesi gila-gila bergambar di studio , kami beraya di rumah kawan ayah mertua. Kemudian, beraya di rumah Opah Lenggong (opah belah mak mertua) & rumah Opah Chik di Sumpitan.




Cuba mengigihkan diri untuk menulis blog..

Sebenarnya tak adela rajin sangat  nak menulis blog ni. Tambah-tambah pulak, laptop ni slow tahap kura-kura yang termiss makan sarapan pagi. Nak tunggu upload photo, pastu nak click to another window, mak aiii sempatla makan bihun bersos cili kat dapur. Tapi disebabkan banyak aktiviti, travelling, event2 lama-lama yang tidak direkod detailly especially ke dalam diary, semua memori hampir dilupakan sedikit demi sedikit. Lama-kelamaan kita just ingat kita ada pergi tempat itu,  tetapi kita dah tak ingat apa yang kita dah buat di tempat itu secara detail. Kadang-kadang just save photo dalam laptop or harddisk, kalau kena attack virus semua gambar akan lesap... Kalau upload photos and then share story dalam FB, orang akan kata kita syok sendiri. So, saya decide untuk menjadikan personal blog saya sebagai sebuah journal electronic & boleh dibaca oleh sesiapa yang berminat sahaja. Kalau tak berminat tak payah browse blog saya. Again, as simple as that (ayat ni dah jadi macam tagline saya pulak). Maybe story yang bakal saya tulis dalam blog ini tak ikut turutan masa sedikit or akan ditulis secara backward (story yang paling latest then yang paling terdahulu) sebab saya dah lambat sangat start  menulis blog. huhu..

My world of blogging just started.

Assalammualaikum..

Saya baru saja nak berjinak2 dalam dunia berbelog nie..Bukannya nak terikut blogger2 yg femes..Rasa macam nak ada satu diari yang boleh saya tulis dan simpan semua perjalanan hidup saya especially kenangan manis..Sebelum ini, dalam diari saya just tulis activity yang saya buat & tempat yang saya pergi. Itu sahaja. Tiada jalan cerita. Selain itu, saya suka share di FB especially photos, tapi rasa macam ada orang xsuka. Maybe orang kata 'Ish berlagaknye budak ni, kejap-kejap nak upload photos'. Or maybe tu just perasaan saya. So, untuk mengelakkan orang mengata or timbulnya pelbagai persoalan di dalam benak saya(entah betul ke tidak pengunaan ayat piutis ni), so saya decide nak share di dalam personal blog saya. So, up to reader lah kalau suka nak tahu kisah hidup saya, just read through my blog. If don't want, no need to read. As simple as that.