2024 Kuala Terengganu Trip With Gediks Family| Part 1
Gediks Family vacay belah pantai timur lagi tahun ni, iaitu ke negeri Terenganu jugak. Same as trip pantai timur last year. Untuk JJCM dan healing healing. Macam setiap tahun wajih trip ke pantai timur.
Actually zaman saya membesar dari kecil hinggalah betul-betul dah nak kahwin, bukan setakat setiap tahun akan sampai pantai timur. Almost semua cuti sekolah especially cuti panjang akan pergi pantai timur. Sebabnya kampong nenek belah abah adalah di Kelantan. Kampung nenek yang saya panggil mek di Machang. Bila dah kahwin especially lepas mek meninggal, ada sampai belah pantai timur kalau nak pergi vacation dan melawat saudara-mara yang duduk sana.
Homestay yang kami book untuk trip Terenganu tahun ini pun pilih book homestay di area Kuala Terenganu (KT) jugak. Betul sama as trip last year Suka pilih KT sebab banyak port jjcm viral dan menarik dan tempat untuk nak jalan-jalan pun banyak jugak.
Just homestay je tak pilih sama as last year. Untuk jalan-jalan KT kali ini, bercuti selama tiga hari dua malam dengan menginap di D’Sutera Homestay. Pilih homestay ada empat bedroom dan ada swimming pool. Kali ni pilih homestay ada swimming pool sebab aktiviti nak buat kat KT ni macam more to orang besar yang suka iaitu JJCM. Kids my kidsla makan tu sebab kena paksa dengan mama je. Ikutan taknak makan sebab tak suka makan. Huhu.
Sangat ok homestay kami pilih ni. Bersih dan ada lengkap dengan peralatan untuk memasak dan aktiviti BBQ jugak. Microwave pun ada. Gazebo pun ada di area untuk aktiviti BBQ. Tapi since trip ni nak makan masakan orang sana, memang offla dari duty memasak.
Memang kids have fun dengan vacation ni sebab ada swimming pool. Straight tiga hari menginap di situ, memang tak miss satu hari terjun kolam.
Continue reading Part 2 by clicking 2024 Kuala Terengganu Trip With Gediks Family| Part 2
Gediks Family vacay belah pantai timur lagi tahun ni, iaitu ke negeri Terenganu jugak. Same as trip pantai timur last year. Untuk JJCM dan h...